comscore
Tumpuan :
Nasional

Simpanan bahan kimia berjadual musnah terbakar

empat simpanan logistik sisa bahan kimia berjadual sebuah syarikat pengurusan sisa di Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kebakaran, petang tadi.

SEREMBAN: Tempat simpanan logistik sisa bahan kimia berjadual sebuah syarikat pengurusan sisa di Bukit Pelanduk, Port Dickson di sini musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang.

Sebanyak empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digegaskan ke lokasi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya menerima panggilan jam 5.58 petang sebelum jentera pertama tiba jam 6.16 petang.

“Seramai 66 pegawai bomba pelbagai pangkat dari BBP Port Dickson, Seremban 2, Seremban dan Rantau ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran.”

Menurut JBPM Negeri Sembilan kebakaran membabitkan tempat logistik (Side A) simpanan sisa bahan kimia berjadual yang musnah sepenuhnya.

Tiada mangsa dilaporkan cedera atau maut dalam kejadian itu.

Api berjaya dikawal jam 8.18 malam.

Orang ramai tidak dibenarkan mendekati kawasan berkenaan dengan pengawal keselamatan mengawal laluan masuk ke kawasan tempat pelupusan berkenaan.

Asap tebal kehitaman dapat di lihat dari jarak beberapa kilometer jauh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini