Tumpuan :
Nasional

Silat Cekak terus menekankan program kerohanian sebagai sebahagian latihannya

SEREMBAN: Persatuan Seni Silat Cekak – PSSCM akan terus mengekalkan modul latihan kerohanian sebagai sebahagian dari modul latihanya bagi melahirkan insan seimbang dari segenap aspek.

Guru Utama yang juga Presiden PSSCM Datuk Maideen Kadir Shah berkata selain latihan fizikal dan teknik ahli silat cekak perlu dimantapkan kerohanian mereka selaras dengan amalan yang diajar guru-guru terdahulu.

” Saya yakin dengan adanya persatuan seni silat cekak ini dengan ilmu silat cekak dengan cara pendekatan yang kita bawa dengan kita adakan aksesori2 tambahan yang ditinggalkan oleh guru2 kita semoga dengan ini dapat menambah baik intelektual kita tak kira sapa pun dia tapi dia memberi manfaat kepada diri dia kepada kelaurga dia masyaraat dan agama bangsa dan negara,” kata Datuk Maideen.

Sehingga kini PSSCM memiliki lebih 20 ribu anggota yang aktif seluruh negara.

Tambah Datuk Maideen,  Silat cekak membuka keanggotanya kepada semua bangsa tanpa mengira agama untuk mempelajari seni mempertahankan diri tradisi orang Melayu itu.

Ditubuhkan pada tahun 1965 sehingga kini terdapat lebih 200,000 ahli menganggotainya.

Terbaru PSSCM telah merangka sebuah modul khas untuk kanak –kanak tunas berusia enam  hingga 15 tahun yang berbeza tahap latihan berbanding umur yang lebih dewasa.

Beliau sebelum itu melancarkan kitab berzanji, marhaban dan qasidah burdah edisi istimewa PSSCM di Seremban malam tadi.

Kitab dengan judul Nikmatul Uzma atau Nikmat Teragung dihasilkan bagi mendidik khususnya ahli-ahli PSSCM perasaan kasih dan cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad.

Kitab itu katanya adalah hasil PSSCM sendiri yang turut  telah  disemak oleh agamawan bertauliah bertujuan membudayakan semula amalan Barzanji, Marhaban serta Qasidah Burdah yang semakin dilupakan.

Loading...
Terkini