comscore
Tumpuan :
Nasional

Sikap keras Anwar terhadap Spanco sejak jadi Menteri Kewangan dahulu

Oleh: Juliana Sharin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak sikap pihak yang mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan, namun tidak pernah bersuara atau menyokong tindakan kerajaan dalam memerangi rasuah khususnya yang melibatkan bekas pemimpin.

“Jadi kita nak jaga tata kelola atau kepentingan parti atau kepentingan kelompok mereka? Ini yang berlaku saudara, sebab saya tengok beberapa kenyataan begitu keras terhadap seseorang yang sudah dipenjara, yang masih ada kesnya.

“Malah ada yang juga kata ini dendam politik lama, dendam apa saudara?” soalnya.

Datuk Seri Anwar berkata, tekad pentadbirannya dalam memerangi rasuah dapat dilihat dengan tindakan tegas diambil badan penguatkuasa terhadap mana-mana pihak dengan memberi contoh kes berkaitan Spanco Sdn Bhd.

Katanya, sikap kerasnya terhadap kes itu sejak menjadi Menteri Kewangan dahulu.

“Jadi siasat, saya tidak tahu di mana salahnya tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul, saya tahu ia merugikan negara, saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam tetapi kita lesu, tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak, sekarang ada saudara dan saya tabik kepada penguatkuasa, SPRM LHDN dan lain-lain untuk bertindak tegas dalam perkara ini,” katanya.

Spanco Sdn Bhd, merupakan syarikat tunggal yang memegang konsesi untuk membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan sejak 1993.

Loading...
Terkini