comscore
Tumpuan :
Nasional

Sidang media khas COVID-19 jam 4 petang ini

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan sidang media khas berhubung perkembangan COVID-19, pada jam 4 petang ini di Putrajaya.

Sidang media khas akan diadakan di bangunan Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah yang pertama sejak Dr Dzulkefly dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan.

Jangkitan COVID-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu.

Melalui hantaran di platform X, Dr Dzulkefly berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 8,000 kes berbanding minggu sebelumnya.

Pada 3 hingga 9 Disember lalu, sebanyak 12,757 kes dilaporkan di seluruh negara dengan 11 kematian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini