comscore
Tumpuan :
Nasional

Siasatan kartel beras masih berjalan – Mohamad Sabu

Datuk Seri Mohamad Sabu hadir pada Majlis Perasmian Projek Smart Sawah Berskala Besar hari ini. – Foto: NSTP

PASIR PUTEH: Siasatan berhubung dakwaan sindiket kartel dalam industri beras negara masih berjalan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar isu itu, sekali gus mencari penyelesaian terbaik akan mengambil masa.

“Tuduhan memang banyak berhubung isu kartel dan disebabkan itu siasatan dijalankan. Sebarang tindakan yang dikenakan adalah bergantung kepada siasatan.

“Apapun siasatan masih dijalankan setakat ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian SMART SBB ala Sekinchan KADA di Bendang Tok Ajam hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, KPKM menerusi Kawalselia Padi dan Beras akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan sindiket kartel dalam industri beras negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini