comscore
Tumpuan :
Nasional

Siasat kumpulan ajaran sesat elak timbulkan perkara tidak diingini – Sultan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan hadiah kepada pemenang perbarisan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1446H/2024M di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah. – FOTO: NSTP

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar pihak berkuasa menyiasat kumpulan ajaran sesat yang aktif di negeri itu bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Baginda bertitah, sebelum ini terdapat 34 ajaran sesat di Pahang, bagaimanapun jumlahnya semakin berkurangan dari semasa ke semasa disebabkan beberapa faktor.

“Saya amat terkilan apabila dua daripada enam ajaran sesat yang masih aktif di negeri ini kini sedang aktif di kampung saya di Pekan.

“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa supaya dapat menyiasat kumpulan ajaran sesat yang aktif di negeri ini. Insya-Allah saya rasa ini dapat kita selesaikan dengan secara baik,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1446H/2024M di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sambutan itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Al-Sultan Abdullah bertitah, rakyat diharap menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui kemunculan kumpulan ajaran sesat ditempat mereka dan usaha secara bersama itu mampu menghapuskan ajaran sesat di negeri itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini