Tumpuan :
Nasional

Siasat jika wujud aktiviti pekerjaan akibatkan insiden tanah runtuh 

Lokasi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali.-FOTO NSTP

PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melakukan siasatan lanjut jika terdapat petunjuk wujud aktiviti pekerjaan yang menyebabkan kemalangan dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian.

Beliau berkata penyiasat JKKP belum dibenar mengakses lokasi kejadian kerana pasukan keselamatan masih memberi tumpuan kepada usaha mencari dan menyelamat.

FOTO : NSTP

Bagaimanapun, mengikut maklumat awal, insiden itu adalah di luar bidang kuasa JKKP berdasarkan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) kerana kes tersebut lebih menjurus kepada bencana alam.

“Kementerian Sumber Manusia sentiasa memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan berpunca daripada aktiviti pekerjaan termasuk kes kejadian berbahaya yang berlaku di sektor pelancongan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Insiden tanah runtuh melibatkan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan.-BERNAMA

Loading...
Terkini