HULU SELANGOR: Belum menerima sebarang aduan mengenai video warga asing yang didakwa menyorokkan minyak masak di sebuah pasar raya terkemuka di ibu negara.
Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata pihaknya akan segera menjalankan siasatan dalam tempoh 24 jam jika ada laporan mengenai insiden berkaitan.
“Jadi saya juga nak pesan kepada para pengguna jika ada kes, laporkan secara spesifik kepada kami, dan tindakan pantas pasti akan diambil,” katanya pada sidang media program Ride For Rahmah (RFR) hari ini.
Terdahulu tular video berdurasi 44 saat yang mendakwa ada pekerja warga asing yang bekerja di sebuah pasar raya melakukan kegiatan menyorok minyak masak.
Malah mereka juga hanya menjualnya kepada warga asing.