comscore
Tumpuan :
Nasional

Si Bulus gemar durian IOI

 

SEGAMAT: Durian bukan hanya diminati oleh manusia. Raja buah itu turut menjadi kegemaran si bulus.

Menurut seorang penduduk dari Kampung Paya Jakas di sini, Mohd Asmawi Ariffin, 37, dia tidak menyangka kucing peliharaannya sejak tiga tahun lalu sukakan isi durian.

“Sekiranya di luar musim, kucing saya cuma diberi nasi berlauk ikan rebus, kelaziman makanan ini setiap hari termasuk makanan kering dalam bungkusan.

“Agak aneh, minat dan selera kucing ini bermula sejak saya pelihara tiga tahun lalu apabila dia amat berminat dengan isi buah durian baka IOI sahaja,” katanya.

Mohd Asmawi berkata, dia menamakan kucing jantan itu sebagai IOI kerana sangat pandai menghidu buah durian dan terus menerpa setiap kali dia pulang dari dusun.

Katanya, kucing ini akan mengekorinya sambil merengek sehingga beliau membelah durian ini dan diletakkan untuk memudahkan si bulus itu makan.

“Kucing saya makan isi durian seperti mana makan nasi dan ikan, menjilat dan menelan satu persatu sehingga licin tinggal biji,” katanya.

Mohd Asmawi berkata, begitulah perlakuan kucing terbabit sepanjang musim durian, lebih mengutamakan raja buah itu dan enggan makan nasi dan lauk seperti kelaziman setiap hari.

Katanya, ada kalanya kucing itu mampu menghabiskan dua biji durian saiz kecil.

Loading...
Terkini