KUALA LUMPUR: Pelawak popular, Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib, bersedia berundur daripada bekerjasama dengan mana-mana pihak yang terlibat menghina agama Islam
Ia termasuklah melepaskan gelarannya sebagai duta KK Super Mart seandainya kedai rangkaian serbaneka itu terbukti bersalah dalam kontroversi penjualan stoking tertera kalimah ‘ALLAH’.
Selebriti dan usahawan berusia 39 tahun itu mengakui terkesan dengan apa yang berlaku dan bersetuju bahawa tindakan meletakkan kalimah ALLAH pada stoking merupakan penghinaan buat umat dan agama Islam
“Kalau benar, saya tidak akan sokong, saya tidak akan mengiyakan langsung. Ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam.
“Perkara ini masih belum selesai dan siasatan sedang dilakukan, tetapi saya akan berdiri teguh sebagai umat Islam di mana apabila perkara yang tidak betul, salah, dan melanggar peraturan berlaku, saya tidak akan sokong,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa.
Tegas Shuib, kecuaian hingga menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan institusi diraja (3R) tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana perniagaan dan sesebuah syarikat haruslah meningkatkan usaha bagi kawalan kualiti.
“Kita akan marah kerana isu membabitkan kalimah ALLAH sangat besar. Apa yang berlaku sangat keji,” tegasnya.
Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung kewujudan stoking memaparkan kalimah ALLAH yang dijual di kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd.
Pengendali KK Super Mart kemudian memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Bagaimanapun penjualan stokin itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluahkan rasa murka di atas insiden berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] MPBP batal lesen operasi syarikat edar stoking kalimah Allah
- Kilang edar stoking ada kalimah Allah tutup operasi hari ini
- ‘Kami mohon maaf, tidak pernah sengaja memesan stokin sedemikian’ – pembekal
- Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis
- Kilang pengedar stoking kalimah Allah diarah tutup kerana langgar syarat – MPBP
- Isu stoking tertera kalimah Allah: TPM minta semua pihak patuhi titah Agong
- Stoking kalimah Allah: PM mahu tindakan segera, jangan ada penghinaan terhadap Islam