
SHAH ALAM: Kemunculan Sharif dan Syaiful Zero menamatkan teka-teki peserta keenam bagi rancangan realiti terbitan TV3, Famili Duo 3.
Pasangan adik-beradik itu melengkapkan barisan peserta bersama lima lagi pasangan iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad Rahman, Ryan dan Adam Bakery, Shila dan Syahir Hamzah dan Adira dan Emma Suhaimi.
Sebelum ini tular gambar misteri bagi peserta keenam menjadi bualan ramai di media sosial.
Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan itu adalah Elly Mazlein dan suami kerana gambar yang dipaparkan mirip dengan gambar perkahwinan mereka pada 2020 yang lalu.
Pengumuman penyertaan Sharif dan Syaiful melengkapkan senarai enam pasangan yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara program Famili Duo 3.
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 3 akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3 atau strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.