comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Setiap minggu kami berjumpa. Bila dia tiada, saya terasa sangat’

Oleh: Fareez Azman

SUNGAI BULOH: Pemergian Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36 tahun, pereka dalaman yang dibunuh kejam di kediamannya sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara semalam, amat mengejutkan rakan-rakannya.

Raizan Zainal Abidin, 50, atau lebih dikenali sebagai Neves, vokalis kumpulan Pretty Ugly ini tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual Buletin TV3.

“Saya setiap minggu memang selalu minum dengan dia, makan dengan dia, jadi bila dia dah tiada saya terasa sangat dah dua bulan saya tak jumpa dia.

“Dia seorang yang kreatif, kerja dia pun kedalaman, musik dia pun agak unik. Jadi kalau tengok, cerita pasal Sharqawi ini dia seorang yang unik, sebab itu kita boleh berkawan sebab ada minat yang sama. Apabila kita cerita tu, macam-macam ktia boleh cerita, itu sebab saya akan ingat dia sampai bila-bila,” katanya.

Seorang lagi rakan mangsa, Nazir Fadzil berkata Allahyarham sangat aktif dalam aktiviti sukan, malah pernah menyertai kejohanan Triathlon Ironman sebelum ini.

(Dari kiri) Raizan Zainal Abidin, 50. Nazmie Murad, 35. Nazir Fadzil

“Kita dapat tahu selepas adiknya, Faiz cuba hubungi kami melaluui sosial media, dia berjaya telefon menerusi Instagram. Dia memaklumkan pemergian arwah, masa tu kita tak tahu apa-apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian menimpa rakannya itu, tegas Nazir, beliau dan rakan-rakan lain mengharapkan keadilan sewajarnya buat Allahyarham.

“Sudah tentu kita mahukan pengadilan yang adil, kita tak boleh tuduh siapa dan apa niat suspek. Buat masa sekarang kami semua sentiasa mendoakan urusan arwah. Kita harap semua dipermudahkan dan dapat keadilan seadilnya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, seorang lagi rakan Allahyarham, Nazmie Murad, 35, mahu semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan sewajarnya sehingga suspek ditahan.

“Memang kita mahukan keadilan sebab sangat tragis (kejadian ini), pada masa sama kita perlu hormat keluarga dan polis untuk melakukan siasatan.

“Saya harap tiada apa apa tuduhan liar menjejaskan siasatan, bagi polis untuk buat kerja,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini