![](https://media.buletintv3.my/2023/06/E7KyodLO-BULETIN-TV3-15.jpg)
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa rakyat Pulau Pinang hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), jam 3 petang esok.
Orang ramai katanya boleh membuat pendaftaran untuk menghadiri sesi itu menerusi laman web www.temuanwar.com.
“Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh peserta yang hadir. Kita jumpa esok!” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook.