Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Mejar Jeneral kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Zahari bin Mohd Ariffin di Istana Negara, hari ini.
Turut berangkat, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Hadir sama pada majlis itu, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose bin Mohd Zain.
Mejar Jeneral Dato’ Zahari memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara sejak 22 Disember 2022 menggantikan Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Ahmad Fadil bin Shamsuddin yang kini berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu.
Mejar Jeneral Dato’ Zahri sebelum ini berpangkat Brigedier Jeneral dan telah berkhidmat sebagai Panglima 4 (Mekanize) di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang dari 5 April 2021 hingga Disember 2022.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Juruiring Tentera Darat kepada Seri Paduka Baginda berdua selama dua tahun, dari tahun 2019 hingga 2021.