comscore
Tumpuan :
Nasional

Serangan keganasan Moscow: Semua rakyat Malaysia selamat

Foto: Reuters

PUTRAJAYA: Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di Moscow berada dalam keadaan selamat, susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus dekat Moscow, Rusia semalam.

Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang maut dan 145 yang lain tercedera.

“Rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan,” jelas Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam serangan itu.

“Pendirian negara amat jelas iatu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi.”

“Malaysia akan terus menekankan keperluan untuk usaha yang bersepadu untuk peringkat antarabangsa bagi menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini