JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini menziarahi Koperal Mohd Hasif Roslan di Hospital Sultan Ismail (HSI) yang tercedera dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, semalam.
Beliau tiba di HSI pada jam 9.20 pagi tadi dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menyantuni anggota polis itu dan ahli keluarganya.
Turut mengiringinya Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, CP M Kumar.
Datuk Seri Saifuddin Nasution kemudian melawat lokasi insiden serangan itu yang terletak kira-kira 12 kilometer dari hospital berkenaan.
Dalam serangan pada jam 2.45 pagi semalam, tiga maut iaitu dua anggota polis Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, serta suspek berusia 21 tahun.
Koperal Mohd Hasif Roslan pula cedera ditembak.- BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 hadiri solat jenazah dua anggota terkorban
- Gerakan JI di negara ini masih terkawal – Saifuddin Nasution
- Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian, tiada kaitan kumpulan terancang
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- 2 pelajar IPT ditahan, disiasat pembabitan dalam kes serangan balai polis
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram