JOHOR BAHRU: Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing pagi ini, untuk dikebumikan.
Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq adalah yang pertama dibawa menaiki van jenazah untuk dibawa pulang ke Gambang, Kuantan, Pahang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.
Ia diikuti Jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi pula diusung pada jam 11.50 pagi untuk dikebumikan di Bidor, Perak.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyaksikan kedua-dua jenazah diusung ke dalam van.
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Rohani Azmi turut hadir mewakili kerajaan negeri.
Semalam, media melaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat, mengorbankan dua anggota polis serta suspek penyerang dilakukan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, suspek berusia 21 tahun yang ditembak mati di tempat kejadian, sememangnya telah merancang dan melakukan serangan untuk mendapatkan senjata api yang disimpan di balai polis berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 hadiri solat jenazah dua anggota terkorban
- Gerakan JI di negara ini masih terkawal – Saifuddin Nasution
- Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian, tiada kaitan kumpulan terancang
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- 2 pelajar IPT ditahan, disiasat pembabitan dalam kes serangan balai polis
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram