JOHOR BAHRU: Ahli keluarga suspek ahli Jemaah Islamiyah (JI) yang membuat serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di sini tidak bergaul mesra dengan penduduk setempat.
Tinjauan di kawasan rumah keluarga terbabit yang terletak di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram, berada hanya tujuh kilometer dari balai terbabit.
Hasil pemerhatian mendapati kawasan kediaman keluarga ini turut berada dalam kawasan persendirian yang berpagar dengan papan tanda larangan masuk di hadapan.
Dianggarkan terdapat kira-kira lebih 10 buah rumah berada di dalam kawasan tersebut.
Ketua Kampung Ulu Tiram Shazrul Idham Abd Aziz, 41 berkata kejadian ini merisaukan penduduk berdekatan dan berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan dengan sebaiknya.
“Kejadian ini merisaukan penduduk khususnya, tetapi saya yakin polis akan ambil tindakan dan siasat untuk menjaga keamanan dan keharmonian penduduk kampung,” katanya.
Sementara itu penduduk kampung, Fauzi Faizal, 39, berkata suspek yang difahamkan mempunyai empat beradik, tidak bersekolah dan dididik oleh bapanya.
Katanya penempatan itu dipercayai telah wujud sejak 20 tahun lepas dan dianggarkan terdapat sebanyak 18 keluarga selain agak terpencil serta sentiasa dipantau pihak berkuasa.
“Dipercayai mereka adik-beradik tidak mendapat ajaran pendidikan yang formal dan dididik oleh bapa mereka sendiri, iaitu berkemungkinan dengan ajaran yang ekstrimis.
“Penduduk memang bimbang apabila suspek duduk di sini, namun kita yakin dengan kecekapan polis dalam memastikan insiden ini tidak lagi berlaku,” katanya.
Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi tadi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera dan masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Suspek lelaki yang ditembak mati itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah dan serbuan telah dilakukan ke atas rumah suspek di Ulu Tiram yang membawa kepada penahanan lima ahli keluarganya berusia 19 hingga 62 tahun.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- 2 anggota polis terkorban akan dikebumikan di Bidor, Gambang
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- 2 pelajar IPT ditahan, disiasat pembabitan dalam kes serangan balai polis
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Suspek serang, bunuh 2 anggota di Balai Polis Ulu Tiram sah ahli JI – KPN
- Lebih 50 anggota polis kawal ketat Balai Polis Ulu Tiram
- [VIDEO] KPN akan adakan sidang media kes 2 anggota maut, 1 cedera di Balai Ulu Tiram
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram