KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tujuh individu yang direman bagi membantu siasatan berkait serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, semalam tidak membabitkan warga Singapura.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi hari ini berkata kesemua individu yang ditahan dan direman, hari ini adalah warga tempatan.
“Semua ditahan adalah warga tempatan, tiada (warga Singapura) seperti dilaporkan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan tujuh individu termasuk seorang warga Singapura ditahan bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram itu direman tujuh hari.
Perintah reman dibenarkan oleh Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Samsudin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini mulai hari ini sehingga 24 Mei ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun ditahan susulan serbuan di kediaman keluarga suspek di Ulu Tiram, awal pagi semalam.
Turut direman, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Mangsa yang maut di kalangan anggota polis dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.
Kedua-duanya maut di tempat kejadian.
Sementara itu, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera akibat ditembak kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 hadiri solat jenazah dua anggota terkorban
- Gerakan JI di negara ini masih terkawal – Saifuddin Nasution
- Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian, tiada kaitan kumpulan terancang
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- 2 pelajar IPT ditahan, disiasat pembabitan dalam kes serangan balai polis
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram
- Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Menteri Dalam Negeri ziarah anggota cedera di HSI
- Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 anggota terkorban dibawa ke kampung halaman
- Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Allahyarham Konstabel Ahmad Azza akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Poh
- [VIDEO] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan reman 7 suspek dibuat di IPD Seri Alam