comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Seorang penjawat awam ditahan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang juga penjawat awam, disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan mengesahkan tangkapan itu.

Nur Farah Kartini Abdullah dilaporkan hilang sejak 10 Julai. – Foto Ihsan Polis

Ujarnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ekoran penemuan ini, pihak polis juga telah menahan seorang lelaki warganegara, 26 tahun, merupakan seorang penjawat awam.

“Sehubungan itu, siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujar kenyataan itu.

Suspek juga dijangka direman pada pagi esok.

Terdahulu, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira jam 6 petang Isnin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini