Oleh: Aslina Abu Bakar
SUNGAI BULOH: Seorang pemandu lori traler membawa muatan batu maut dalam kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer (KM) 457.0 Lebuhraya Utara Selatan, di sini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, PBK 11-1, Shahrul Azlan Bin E Rahim berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9:58 malam tadi.
” Laporan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa muatan batu, sebuah lori kontena, kereta Perodua Axia, kereta Honda HRV, Honda City dan sebuah kereta Nissan Almera.
” Terdapat seorang mangsa pemandu lori treler tersepit dan anggota bomba masih lagi giat mengeluarkan mangsa,”katanya.
Menurutnya seorang lelaki berusia 30-an dipercayai pemandu lori meninggal dunia manakala seorang lelaki berusia 20-an didapati cedera ringan.
Jelasnya setakat jam 11:30 malam tadi operasi menyelamatkan mangsa masih lagi diteruskan.