comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Seorang maut, lori rempuh dua kenderaan dan bangunan kedai

Oleh: Fazli Ahmad

JERANTUT: Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah lori merempuh dua kereta dan bangunan kedai di Jalan Besar Bandar Lama, di sini, hari ini.

Nahas berlaku kira-kira jam 2:45 petang selepas pemandu lori dipercayai gagal mengawal kenderaan dan tidak berhenti di simpang jalan.

Video kejadian turut di tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, berkata akibat nahas itu pemandu lori tersepit dalam kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian serta pemandu van turut tercedera.

Menurutnya, hasil siasatan lori terbabit dari arah persimpangan lampu isyarat Datuk Bahaman menuju ke Jalan Besar Bandar Lama.

Katanya, ketika tiba di simpang jalan pemandu lori dipercayai gagal mengawal kenderaan dan melanggar sebuah van di laluan utama.

“Lori itu kemudian terbabas ke kanan jalan utama dan melanggar sebuah kereta di tempat parkir,”

“Kedua-dua kenderaan terbabit kemudian terpelosok ke bahagian depan sebuah kedai di tepi jalan,”

“Siasatan mendapati premis dirempuh lori terbabit tiada penghuni.” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Zukri berkata, pemandu van tercedera akibat kemalangan itu dihantar ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, identiti pemandu lori terbunuh dalam nahas itu belum diperolehi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini