comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, enam cedera nahas Hilux dan Persona

Seorang maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dan Proton Persona di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, petang semalam.

KLUANG: Seorang maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Hilux dan Proton Persona di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian berlaku jam 6.40 petang.

Katanya, mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Manan Osman, 59, penumpang hadapan Proton Persona akibat kecederaan dalaman.

Manakala 6 yang cedera adalah penumpang belakang kereta Proton Persona serta pemandu dan empat penumpang Toyota Hilux. Pemandu kereta Proton Persona bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 30 tahun yang datang dari arah Kluang ke Mersing hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya, kenderaan itu bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun sebelum terbalik di atas jalanraya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat, manakala yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kemalangan hingga menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 10 tahun dan denda hingga RM20,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini