comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, 7 terselamat dalam kebakaran rumah di Sitiawan

Oleh: Kumaran Rajamoney

SITIAWAN: Seorang lelaki maut apabila terperangkap didalam rumahnya yang terbakar di Taman Muhibbah 2, di sini awal pagi tadi.

Bilik Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 2.40 pagi.

Jentera bomba yang tiba di lokasi empat minit kemudian berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.21 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres yang mengalami kemusnahan 60 peratus. Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa melayu didapati rentung di bahagian ruang tamu rumah manakala tujuh lagi mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.”

“Tindakan pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran hos bersumberkan air dari tangki jentera dan pili bomba. Operasi pemadaman dengan kekuatan 18 anggota itu tamat sepenuhnya kira-kira 5.16 pagi,” katanya.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali, Muhammad Khairul Ridzuan Muhamad Taib tinggal bersama keluarganya di rumah itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini