Tumpuan :
Nasional

Seorang maut, 2 cedera dalam kemalangan di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Seorang wanita maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan di Jalan Machang, Kampung Kandis di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.56 pagi.

Komander Operasi BBP Pasir Puteh, Muhamad Deri Wahab berkata, semua mangsa menaiki kereta yang berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurutnya, mangsa yang maut berusia lingkungan 30-an tersepit dalam keretanya dan dibawa keluar pihak bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 7.30 pagi.

“Dua lagi mangsa membabitkan seorang wanita dewasa berusia lingkungan 30-an yang cedera ringan dan seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan parah.” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini