comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Seorang lagi mangsa kemalangan bas ekspres di Kuala Nerus meninggal dunia

 


Oleh Mohd Zamri Ghani

KUALA TERENGGANU: Seorang lagi mangsa kemalangan bas ekspress dan kereta di KM 21 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sungai Ikan, Kuala Nerus, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata mangsa Nik Nordin Jusoh, 51 tahun pemandu bas ekspress yang berasal dari Pulau Melaka, Kota Bahru, Kelantan meninggal jam 4.02 minit pagi tadi

Mangsa sebelum ini menerima rawatan di hospital sama kerana kecederaan di bahagian limpa dan patah kaki kiri.

Semalam pihak hospital melakukan pembedahan membuang limpa mangsa ekoran kecederaan teruk di bahagian berkenaan.

Ini menjadi jumlah mangsa meninggal dunia kepada tiga orang termasuk pasangan suami isteri Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52 tahun dan isterinya, Siti Faridaf Ahmad, 46 tahun.

Sementara seorang lagi mangsa iaitu anak pasangan suami isteri yang meninggal dunia, Che Ku Nur Batrisya Che Ku Yusoff , 18 tahun masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital yang sama kerana kecederaan teruk di bahagian perut dan patah kedua belah kaki dan tangan.

Dalam kejadian jam 12.55 tengah hari kelmarin, pasangan suami isteri maut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres.

Sementara sembilan penumpang bas ekspres termasuk pemandu bas cedera.

Loading...
Terkini