comscore
Tumpuan :
Nasional

Keropok beracun: Mangsa kedua meninggal dunia

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Setelah abangnya meninggal dunia kelmarin akibat memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus, seorang lagi mangsa Muhammad Luth Syauqi, 2, pula menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 1.24 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi Buletin TV3.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.

Berita kematian itu bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim setakat ini.

Rabu lepas, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Loading...
Terkini