comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang cedera, dua kereta rosak dihempap tayar lori tercabut

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu dihempap tayar lori yang tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, kelmarin.

Kejadian itu mengakibatkan dua kereta, Proton Iriz dan Proton Saga mengalami kerosakan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian pada 7.06 pagi.

Komander Operasi Mohd Izan Ismail berkata, sepasukan lapan anggota bersama sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Kemalangan membabitkan dua kereta yang mana terdapat tayar lori tercabut dan melantun mengenai dua kereta berkenaan.

“Kejadian mengakibatkan seorang pemandu kereta Proton Iriz tersepit di tempat duduk pemandu. Pasukan menjalankan operasi untuk mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan pemotong hidraulik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar pada 7.41 pagi.

Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada pegawai perubatan yang tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini