comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Sengaja menyebabkan kemalangan untuk tuntut ganti rugi, lelaki dicari polis

GEORGE TOWN: Seorang lelaki didakwa dengan sengaja menyebabkan kemalangan jalan raya dengan niat mahu meminta sejumlah wang, sebagai ganti rugi daripada pemilik kereta, kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan berkaitan lelaki berkenaan daripada orang awam pada Disember lalu.

Suspek dipercayai kerap mencetuskan kemalangan sekitar bandaraya, Jalan Masjid Negeri, Bukit Gambir, Taman Lip Sin serta Taman Tun Sardon di sini.

“Setakat ini satu laporan diterima berhubung kejadian itu dan usaha menjejak suspek berkenaan masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan lelaki berkenaan yang juga penunggang motosikal sengaja mencetuskan kemalangan dengan bertindak melanggar kereta sebelum mendakwa kesalahan itu berpunca daripada pemilik kenderaan terbabit.

Susulan pelanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan dikatakan meminta ganti rugi antara RM20 hingga RM60 daripada pemilik kereta dengan alasan cermin sisinya patah dalam insiden terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini