comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua waris 10 mangsa terkorban sudah serah sampel DNA

Mayat mangsa nahas pesawat di Elmina dibawa keluar dari lokasi dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

SHAH ALAM: Kesemua 10 waris mangsa nahas pesawat di Elmina sudah menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memudahkan proses pengecaman.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya sudah menerima semua sampel DNA waris mangsa yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sejak malam tadi.

Artikel berkaitan : Mayat 10 mangsa tiba di Jabatan Forensik HTAR

“Semua waris sudah datang ke IPD Klang Selatan untuk proses DNA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, operasi mengesan baki cebisan mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuh Raya Guthrie di sini, di sambung jam 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata operasi hari ini menumpukan kepada proses ‘sweeping’ di lokasi kejadian.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam kejadian itu.

Antara nama yang terdapat dalam senarai penumpang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

 

 

Loading...
Terkini