comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua perlu ambil serius titah Sultan Selangor – Hannah

KUALA LUMPUR: Kemelut bolasepak tanah air ketika ini akan berterusan selagi tidak ada keadilan dalam kes serangan asid ke atas tonggak Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim.

Dalam membuat pendirian itu, Kementerian Belia dan Sukan(KBS) menegaskan ia mengambil serius titah murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam terhadap Liga Bola Sepak Malaysia(MFL) dan FAM dalam menangani ancaman keganasan terhadap pemain bolasepak termasuk Faisal.

“Saya rasa ini berkaitan kes Faisal, selagi polis belum maklumkan siasatan bukan saja Sultan Selangor, saya telah jumpa ramai peminat sukan mereka mahu keadilan, tahu perkembangan siasatan, saya gesa polis segera maklumkan orang ramai supaya kes ini kita boleh ke peringkat seterusnya kalau takda hasil siasatan orang tidak boleh ‘move on’  Faisal aset negara,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini hari ini.

MFL tidak prihatin dan tiada rasa tanggungjawab antara intipati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung hukuman yang dikenakan ke atas Selangor FC yang tidak hadir bagi perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lalu.

Baginda menyentuh bahawa pengurusan MFL dan FAM bagai tiada rasa simpati dengan apa yang menimpa Faisal yang menderita akibat disimbah asid manakala beberapa pemain lain turut berdepan ancaman dan serangan ganas.

Mengulas mengenai proses rayuan Selangor FC kepada MFL bagi mengurangkan hukuman, Hannah berharap ianya berjalan lancar sekaligus membolehkan situasi menang-menang buat kedua-dua pihak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini