comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua masjid dan surau seliaan JAKIM, JAWI disaran solat hajat, doakan kesejahteraan mangsa serangan Israel

Mohd Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam tindakan serangan berterusan Israel terhadap beberapa negara Islam.

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan setiap masjid-masjid di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melaksanakan solat hajat dan mendoakan kesejahteraan mangsa serangan Israel terhadap Gaza, Lubnan, Syria dan Yaman.

Ia termasuk Masjid Negara serta dua masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga disaran untuk melaksanakan solat hajat berkenaan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan oleh Israel dan ianya perlu dihentikan segera. Tragedi ini telah menaikkan kemarahan di seluruh dunia,

“Semoga dengan usaha ini dapat menunjukkan keprihatinan dan solidariti kepada keamanan dunia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ketika ini, Lubnan merupakan negara terbaharu menjadi sasaran serangan rejim Zionis Israel apabila negara haram itu melancarkan serangan berskala besar dengan menyasarkan kumpulan pejuang Hizbullah di sempadan Israel.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini