Tumpuan :
Nasional

Semua mangsa helikopter terhempas adalah anggota bomba

PETALING JAYA: Semua tujuh penumpang termasuk juruterbang helikopter bomba yang terhempas di apron Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang, Selangor pagi tadi dalam keadaan stabil.

Kesemua mereka cedera ringan dan sedang dirawat oleh pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mangsa terlibat terdiri daripada tiga pegawai bomba dan empat kakitangan jurutera selenggara.

Tertera maklumat mangsa terlibat.

1. TPgB II Hasrizal bin Kamaruzzaman (42 tahun)
2. PKPgB Che Muhammad Azlan Bin Che Mohammad (38 tahun)
3. PBK I Fuad bin Jamaluddin (49 tahun)
4. En Mohammad Zafir bin Mohammad Zakiyuddin (26 tahun)
5. En Ryan Xavier Julius (23 tahun)
6. En Muhammad Bin Mohd Taib (34 tahun)
7. En Ahmad Zhafri Bin Mohd Nor (38 tahun)

Mengikut Pusat Gerakan Operasi JBPM itu lagi kejadian melibatkan sebuah helikopter jenis Agusta AW 189 (Bomba) yang sedang diselenggara dan diuji cuba oleh pihak jurutera selenggara.

Helikopter tersebut hilang kawalan (hard landing) semasa sedang diuji.

Terdahulu menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan itu pada jam 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah bertindak segera terhadap insiden itu.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Helikopter bomba terhempas; semua tujuh penumpang selamat

Loading...
Terkini