comscore
Tumpuan :
Nasional

Semua kapal dibenar berlabuh kecuali Israel – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Mesyuarat Agung Tahunan ACCCIM ke-78 di One World Hotel, Petaling Jaya. FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Kerajaan akan tetap dengan pendirian untuk menjalinkan hubungan baik dengan semua negara khususnya dalam konteks perdagangan kecuali Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya perairan negara telah diceroboh oleh kapal dari negara luar.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar menjelaskan, Malaysia sendiri mempunyai kerjasama ketenteraan bersama beberapa negara luar selain menyifatkan ini bukan satu perkara yang menimbulkan permasalahan besar.

“Kita nak jelaskan dasar untuk berbaik dengan semua negara. Kapal nak berlabuh dalam semua pelabuhan kita dari semua negara kita akan terus izinkan. Cuma Israel memang kita tak akan benarkan.

“Kita ada kerjasama ketenteraan dalam kawasan perairan negara termasuk dengan Amerika Syarikat, China, India, Singapura, Indonesia. Jadi apa masalahnya?

Perdana Menteri mengulas perkara berkenaan susulan dakwaan kemasukan dua kapal tentera laut China berlabuh di Pulau Pinang yang disifatkan mampu mengancam soal kedaulatan negara.

Tegasnya, amalan itu sudah dipraktikkan sejak sekian lama.

“Bagi saya memang tiada masalah, (kapal berlabuh) hal ini berlaku sejak sekian lama malah kerajaan terdahulu (PAS-Bersatu) kapal terbang Israel pun boleh lalu…. kapal pelabuhan Israel pun boleh masuk pelabuhan. Tetapi sekarang mula nak dijadikan isu,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini