Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Semua calon BN pada PRN akan guna logo dacing

FOTO: NSTP

KUALA NERUS: Semua calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan menggunakan logo dacing walaupun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti-parti lain dalam gabungan lain pula boleh menggunakan logo masing-masing.

“BN akan guna lambang dancing di 6 PRN akan datang. Parti-parti gabungan lain pula boleh menggunakan logo masing-masing,” katanya selepas menunaikan solat terawih di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu.

PRN yang dijadual diadakan pada bulan Jun ini membabitkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Loading...
Terkini