comscore
Tumpuan :
Nasional

YB kena pakai tali leher

Foto hiasan

IPOH: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Perak diingatkan supaya memakai tali leher ketika menghadiri persidangan.

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri, DUN Perak, Mohammad Zahir keputusan berhubung perkara itu telah ditetapkan tahun lalu iaitu semua ADUN dan pegawai kerajaan yang hadir ketika persidangan mesti memakai tali leher.

Beliau berharap semua ahli yang berhormat mematuhi aturan mesyuarat yang ditetapkan.

Mesyuarat ketiga tahun pertama DUN Perak yang ke-15 memasuki hari ketiga hari ini dan akan berakhir esok.

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menetapkan ahli parlimen yang memakai sut diberi pilihan untuk memakai tali leher atau sebaliknya ketika persidangan bermula Disember tahun lalu.

Manakala pada Mac lepas, persidangan DUN Melaka meluluskan usul memberi kelonggaran ADUN memakai baju batik berlengan panjang pada Khamis dan tidak mengenakan tali leher pada hari persidangan DUN.

Loading...
Terkini