comscore
Tumpuan :
Nasional

Semporna ‘bergegar’

SEMPORNA DILANDA GEMPA BUMI 2.6 MAGNITUD

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada jam 7.39 malam tadi.

Gempa bumi bermagnitud 2.6 dikategorikan sebagai lemah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku dengan kedalaman tiga kilometer.

“Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

Loading...
Terkini