Tumpuan :
Nasional

Sempena Aidilfitri, Kelantan isytihar cuti peristiwa pada Selasa


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan Selasa, 25 April 2023 sebagai cuti peristiwa bagi negeri itu sempena Aidilfitri.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, selepas pengumuman Aidilfitri, yang jatuh pada hari Sabtu ini.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H jatuh pada hari Sabtu, 22 April 2023.”

“Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Selasa sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Peristiwa) bagi Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Loading...
Terkini