JOHOR BAHRU: Sembilan jalan utama di sekitar bandaraya ini akan ditutup bagi membolehkan penganut agama Hindu berarak sempena sambutan hari Thaipusam, bermula 24 dan 25 Januari ini.
Dalam satu kenyataan Polis Johor memaklumkan, jalan dikawasan terlibat akan ditutup satu lorong untuk memberi kemudahan kepada penganut Hindu berarak.
Begitupun kenderaan awam masih boleh melalui kawasan tersebut, namun dijangka akan mengalami sedikit kesesakan.
Perarakan esok akan bermula jam 9 malam, manakala pada 25 Januari akan bermula jam 7 malam.
Jalan yang terlibat ialah Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Wong Ah Fook, Tebrau, Abdullah Tahir, Lingkaran Dalam, Yahya Awal, Gertak Merah dan Jalan Gereja
Orang awam terutama pengunjung ke Bazar Karat, dan sekitar pusat bandar dinasihatkan merancang perjalanan dan sentiasa mematuhi arahan pihak polis.