comscore
Tumpuan :
Nasional

“Semakin besar anugerah, semakin besar tanggungjawab”

KUALA LUMPUR: Itu pandangan bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), Datuk Dr Abdul Monir Yaacob yang diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M.

Katanya, penganugerahan berkenaan adalah detik paling berharga dalam hidupnya sebagai bekas ahli akademik.

“Sesiapa sahaja yang menerima anugerah ini pasti berbangga. Sebagai seorang Muslim, saya sangat bersyukur kepada Allah dan merasakan apa yang kita pernah berikan, akhirnya dihargai,” katanya.

Selain Abdul Monir, Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakr Amad pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Pemilihan mereka diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff pada majlis sambutan, di sini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah, termasuk wang tunai dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Yang hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Loading...
Terkini