Tumpuan :
Nasional

Seludup senjata tiruan mampu buka ruang kepada masalah jenayah


Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Penyeludupan senjata tiruan berkenaan dikhuatiri membuka ruang kepada masalah jenayah yang lebih besar di negara ini.

Pakar berpendapat langkah pencegahan perlu dilakukan secara proaktif oleh pelbagai pihak berkuasa bagi mengekang kegiatan itu.

Kamal Affandi Hashim, Penganalisis Jenayah.

Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, senjata tiruan bukan hanya bagi tujuan permainan semata-mata, malah ia boleh digunakan untuk melakukan jenayah.

“Kita semua tahu bahawa senjata tiruan bukan untuk bagi tujuan permainan, tetapi orang yang bawa masuk ini dah tentu lah mempunyai niat lain.

“Misalnya, bagi melakukan jenayah. Jadi bila dia bawa masuk ni satu je lah tujuannya untuk melakukan jenayah ataupun menjualnya kepada pihak ketiga yang bakal melakukan jenayah,” katanya Ketika dihubungi Buletin TV3

Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, Penganalisis Jenayah.

Sementara itu, bagi Penganalisis Jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim pula berpendapat, penjualan yang mudah didapati secara dalam talian juga mengundang kepada penyeludupan berkenaan.

“Penyeludupan mungkin dia jual secara sorok. Jadi itu yang mudah diperolehi senjata-senjata tiruan ini.

“Pihak berkuasa terutamanya kastam dan polis, dan juga petugas-petugas di sempadan perlulah mengawasi 100% hal penyedupan ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesan 31 kes membabitkan senjata kecil termasuk tiruan, cuba diimport ke negara ini dengan rampasan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, empat kes membabitkan pengimportan senjata api tiruan melalui Perkhidmatan Pos Malaysia, di mana tiga kes berlaku di Sarawak dan satu kes di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini