comscore
Tumpuan :
Nasional

Seleweng diesel sebab nak jimat – KPDN

Foto ihsan KPDN

BERUAS: Angkara ingin ‘berjimat-cermat’, sebuah syarikat penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya yang beroperasi di Batu 20 Trong, di sini bertindak menyeleweng diesel.

Kegiatan mereka itu terbongkar apabila penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Manjung menyerbu stor simpanan di lokasi berkenaan pada jam 4 petang tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid, berkata operasi berkenaan adalah hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan oleh pasukan perisikan KPDN Cawangan Manjung selama dua minggu di sekitar Pekan Beruas dan Trong.

Menurutnya, hasil serbuan menemukan sebanyak 5,200 liter cecair yang disyaki minyak diesel disimpan di stor simpanan haram berkenaan.

“Seorang lelaki tempatan berumur 35 tahun yang ditemui di lokasi kejadian ditahan untuk siasatan lanjut.”Siasatan awal juga mendapati syarikat berkenaanmenyimpan minyak diesel tanpa kebenaran atau permit yang sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

“Sehubungan itu, semua barangan seperti minyak diesel, sebuah kenderaan lori dan beberapa peralatan serta dokumen telah disita. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM96,248,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan membeli diesel di stesen minyak sekitar Beruas pada harga bersubsidi secara terus ke tangki asal kenderaan sebuah lori tanah.

“Sindiket terbabit membeli diesel secara berulang-ulang sehingga lapan kali sehari dengan anggaran sebanyak 600 liter sekali pembelian.”Minyak diesel bersubsidi yang diselewenng dipercayai untuk kegunaan mesin dan jentera penyelenggaraan pembinaan jalan raya di kawasan berkenaan bagi mengurangkan kos operasi perniagaan kerana harga yang lebih murah dari minyak diesel komersil.

“Sebuah stesen minyak yang disyaki terlibat dalam sindiket ini juga sudah diambil tindakan hari ini dan akan disiasat di bawah peruntukan sedia ada, termasuklah syor pembatalan sekiranya didapati terbukti bersubahat,” katanya.

Menurutnya lagi, kesdisiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Loading...
Terkini