comscore
Tumpuan :
Nasional

Selepas 4 hari, mayat Puyang ditemui 

FOTO: Ihsan Bomba

MIRI: Wanita warga emas yang dikhuatiri hilang di kawasan Sungai Baram di sini Selasa lalu, ditemukan lemas oleh penduduk kampung petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, mayat mangsa, Puyang Ajang berusia 64 tahun ditemui pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dikhuatiri terjatuh sebelum hanyut dibawa arus deras sungai.

“Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Dengan penemuan mayat ini operasi mencari dan menyelamat ditamatkan tepat 4.30 petang tadi.

Selasa lalu, mangsa dikatakan mandi di sungai berkenaan sebelum didapati hilang di kawasan sungai terbabit.

Loading...
Terkini