BATU PAHAT: ‘Selamat tinggal Bella, aku sayang sangat kau…aku akan tuntut keadilan atas pemergian kau ni.. Sepatutnya kita masih bersama sama kan..’
Itu antara catatan sedih dilaman Facebook diluahkan kakak Allahyarhamah Bella, Norisham Samsusah, 36, selepas menerima keputusan analisis DNA pada rangka manusia yang ditemui di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu.
Norisham menyifatkan tragedi menimpa adiknya itu sebagai satu kehilangan yang paling berat.
Jenazah Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, akan dituntut di Hospital Sultan Ismail pagi esok untuk dibawa pulang dan disembahyangkan di Masjid Dato Bentara luar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang, Batu Pahat.
Terdahulu ketua Polis Batu Pahat, ACP Ismail Dollah mengesahkan hasil laporan analisis DNA sepadan secara biologi ibu dan kakak mangsa.
Susulan perkembangan itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek utama akan didakwa mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
Suspek terbabit adalah antara tiga suspek yang ditahan polis bagi siasatan lanjut mengenai kes kehilangan wanita itu.
Bella yang juga ibu tunggal kepada dua anak berusia dua dan empat tahun dilaporkan hilang selepas keluar bersama teman lelakinya berusia 24 tahun untuk ke kedai dobi, pada 14 Disember tahun lalu.
Tiga suspek lelaki termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudaranya ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan penemuan rangka yang tidak sempurna.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Ujian DNA: Rangka manusia sah Bella
- Rangka orang Islam diurus seperti jenazah biasa – EXCO agama
- [VIDEO] Kes Bella: Keputusan DNA paling lewat minggu depan
- [VIDEO] Rangka manusia ditemui, keluarga Bella dipanggil untuk pengecaman
- [VIDEO] “Saya harap rangka itu bukan Bella” – Kakak
- [VIDEO] Penemuan rangka: Ujian DNA dijangka selesai dalam masa terdekat
- Bella terlentang sedang meronta-ronta, tangan dan kaki terikat – Emak
- Saya yakin teman lelaki Bella tahu mengenai kehilangan adik saya – Norhisham