Tumpuan :
Nasional

Sekolah terjejas banjir akan dibaiki segera – Fadhlina

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek semasa melakukan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jengal, Hulu Dungun. – FOTO: NSTP

DUNGUN: Pembaikan sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir akan dilaksanakan segera bagi memastikan sesi persekolahan akan datang tidak terganggu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sudah mengenal pasti sekolah yang terjejas dan dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) termasuk di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Beliau berkata, bilangan sekolah yang terjejas pada ini juga agak besar berbanding sebelum ini dan pembaikan segera akan dilaksanakan.

“Setakat ini, kita masih lagi belum menerima laporan penuh daripada JPN (Jabatan Pendidikan Negeri), saya yakin setiap negeri khususnya Kelantan, Terengganu dan Kedah sedang mempersiapkan laporan tersebut.

“Kita jangka ia dapat kita muktamadkan selepas semua negeri kita terima laporan (dan) biasanya, kita akan siapkan sekolah ini dengan peruntukan bencana maknanya yang kalau kerosakan itu memang tak dapat memberikan suasana kondusif.

“(Jadi) peruntukan itu kita bagi serta merta manakala untuk sebelum sesi persekolahan akan datang dibuka, kita akan baiki kesemua kerosakan itu dari segi penyelagaraan.

“Jadi kita masih menunggu kerana saya difahamkan bilangan sekolah yang terlibat kali ini agak besar daripada biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Lawatan Kerja ke Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini