PASIR MAS: Semua sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir akan dibaik pulih dengan segera.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini beliau belum mendapat maklumat berapa sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir.
“Kita sedang menunggu laporan daripada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
“Perkara ini dalam pemantauan kita. Kita akan pastikan infrastruktur sekolah yang terjejas banjir dibaiki segera sebelum bermulanya persekolahan sesi akan datang.
“Ini penting bagi memastikan keselesaan anak-anak. Pada masa sama kita juga mempunyai peruntukan bencana untuk kerosakan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas dan beberapa sekolah yang terjejas banjir.
Yang turut hadir, Pengarah JPN Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.