comscore
Tumpuan :
Nasional

Sekolah diminta patuhi garis panduan jika IPU terus meningkat 

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan indeks pencemaran udara (IPU) terus meningkat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya akan mendapatkan nasihat KKM dari semasa ke semasa, termasuk sama ada perlu memakai pelitup muka atau sebagainya.

“Ia bergantung kepada cadangan atau nasihat sama ada menutup sekolah, memakai pelitup muka atau sebagainya,” katanya selepas Majlis Penutup Perasmian Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) KPM peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), hari ini.

Fadhlina berkata, semua sekolah di seluruh negara juga perlu mematuhi garis panduan ditetapkan sebelum ini dalam usaha menangani situasi jerebu.

Antaranya jika bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar dilaksanakan di sekolah.

Sejak beberapa hari lepas, beberapa kawasan merekodkan bacaan tidak sihat melebihi 100.

“Kita memang ada garis panduan dan kekal dengan garis panduan itu, kita minta semua sekolah mematuhinya.

“Jika IPU lebih 100, tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan dan perlu mengikut garis panduan itu sebagai mana yang kita tegaskan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini