comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua kanak-kanak ditemui lemas di Pantai Teluk Lipat

 

DUNGUN: Kegembiraan tiga sahabat mandi di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu, bertukar tragedi selepas dua daripada mereka ditemui lemas selepas dihanyutkan ombak, kira-kira jam 3.00 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Danish Mikail, 9, ditemui pada jarak 150 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.57 petang.

Manakala manga kedua, Mohammad Ariff Farrduqi Zainuddin, 11, ditemui pada jarak 300 meter dari lokasi kejadian, jam 6.24 petang.

Semua mangsa adalah pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Omar (SKSO), Dungun.

Mangsa dipercayai datang ke pantai berkenaan dari kediaman mereka di Alor Tempoyak untuk mandi- manda sekitar jam 2.30 petang.

Ketika sedang mandi, ketiga-tiga mangsa dihanyutkan arus ke tengah laut ketika air sedang pasang.

Seorang lagi rakan mangsa, Ahmad Azril Farhan Mat Zain, 11,  bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai.

Menyedari kedua-dua mangsa hilang dihanyutkan arus, rakannya menelefon pihak polis bagi memaklumkan berkenaan kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota polis, bomba dan RELA.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Dungun.

Sejak Januari hingga hari ini Terengganu mencatatkan 7 kes lemas dengan 7 kematian direkodkan

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini