comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Segerakan pelaksanaan pengambilan tanah tingkat jaringan JENDELA Sabah – MCMC

 

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama rapat dengan kerajaan Sabah untuk mempercepat pengambilan tanah bagi membina menara telekomunikasi di negeri itu.

Bagaimanapun, Pengarah MCMC Sabah, Izani Othman berkata salah satu halangan utama dalam melaksanakan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) adalah isu pengambilan tanah.

Jelas Izani, beberapa tanah yang diperuntukkan adalah milik kerajaan Sabah dan memerlukan antara tiga hingga enam bulan untuk memperolehnya.

Logo MCMC

“Masalah utama kita hadapi di sini dari segi pemilihan tapak itu mengambil masa sangat lama iaitu tiga hingga ke empat bulan ada yang hingga enam bulan terutamanya kalau tapak-tapak itu adalah di bawah kerajaan negeri proses pemilihan mengambil masa yang lama.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI); Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP); Jabatan Tanah Ukur (JTU) kita bekerjasama mempercepatkan proses ini,

“JTU telah memberi akses di bawah JENDELA untuk dilaksanakan dan kelulusan diproses dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata perkhidmatan internet 4G telah bertambah baik terutamanya di kawasan berpenduduk, daripada 73.4 peratus pada 2020 kepada 90.33 peratus pada suku keempat 2022.

MCMC ujarnya telah menetapkan tahun 2025 untuk liputan internet penuh, tetapi ia juga bergantung kepada pertumbuhan penduduk.

“Sasaran 100 peratus tidak mungkin dicapai, jadi kami menyasarkan 97 atau 98 peratus sebagai matlamat yang boleh dicapai.

“Bagi rangkaian 5G (di Sabah), liputan adalah di Kota Kinabalu dan Putatan. Ia adalah di bawah bidang kuasa Digital Nasional Berhad,” katanya.

Izani ditemui media selepas hadir pada sesi ‘Dialog Dasar: Internet Kita di Sabah’ di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Loading...
Terkini