comscore
Tumpuan :
Nasional

Segara di Bawah Bayu dalam Majalah 3

“Inilah yang kita cari!”

Demikian kata nelayan laut dalam di Pulau Mabul dengan penuh bangga, sambil memegang ikan tuna bersirip kuning.

Hanya nelayan di Mabul yang memiliki kemahiran sebagai pemancing tuna bersirip kuning di Laut Sulawesi.

Antaranya, Sharif Qultis yang terkenal dengan jolokan Penjejak Tuna Mabul.

“Nelayan dulu dia tak guna payau macam generasi sekarang ini,” kata Sharif dalam program Majalah 3.

“Dia tengok petua atau burung hitam Linggisan, di situlah lokasi ikan. Tapi sekarang kita buat sarang, tak payah nak susah nak cari. Terus ke lokasi, ikan dah ada.

Hanya nelayan Mabul miliki kemahiran sebagai pemancing tuna bersirip kuning di Laut Sulawesi

Payau bertindak sebagai alat mengumpul ikan yang memberi perlindungan dan sumber makanan kepada ikan, selain berfungsi sebagai habitat mudah alih.

Pemasangannya harus dilakukan secara berkumpulan dan sangat teliti, kerana satu kesilapan boleh melibatkan kos yang besar.

Sebelum diturunkan di satu lokasi, Sharif dan rakan-rakan perlu melakukan pemantauan dan pemeriksaan selama beberapa minggu untuk melihat kepada populasi ikan yang banyak.

Buat pertama kalinya secara eksklusif, kru Majalah 3 berjaya merakam keadaan payau di kawasan perairan laut berkedalaman 2,500 meter.

Ketahui lebih lanjut perincian menangkap tuna sirip kuning yang turut mendapat permintaan dari warga Jepun.

Di Kampung Tampi-Tampi, Semporna pula, Sallih Abd Ali berkongsi pengalaman sebagai pencari kima.

“Kima bentuk dia jenis kerang gergasi. Boleh membesar. Berat sampai 50-70 kg,” jelas Sallih.

Kima atau nama saintifiknya, Tridacna Gigas bercengkerang seperti kerang, mempunyai perkembangan saiz yang pantas dan kelihatan seperti bunga

“Kalau kita tengok rambang mata ketika selam, dia kadang menyerupai batu, daun macam rumput-rumput laut. Kena pandai tengok dia. Masa sesuai, paling bagus masa tengah hari.”

Sallih kini dalam misi pencarian kima liar untuk ditanam dan dipelihara sebagai aset tarikan pelancong serta sumber pendapatan.

Kemampuannya menyelam selama hampir 10 minit pada kedalaman 10 meter, memberi kelebihan buatnya.

Sallih Abd Ali mampu menyelam dengan menahan nafas selama 10 minit

Namun untuk menyusun kima di dasar laut bukanlah mudah. Prosesnya memakan masa dan melelahkan. Banyak masa dan tenaga Sallih dikerahkan untuk memastikan kima di diletakkan di lokasi strategik dan jauh dari pemangsa.

Wartawan Majalah 3 turut berkesempatan merasai sendiri pengalaman melihat taman kima buatan sendiri di dasar laut.

Untuk mengetahui lebih lanjut episod ‘Segara Di Bawah Bayu’, saksikan Majalah 3 pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini